Thursday, May 1, 2014

VIDEO SERONOKNYA MEMBACA (UPIN & IPIN)

Posted by Noorliyana Japar at 10:00 PM 0 comments

PENTAKSIRAN MEMBACA

Posted by Noorliyana Japar at 8:58 AM 0 comments

Pentaksiran merupakan pemerhatian terhadap pelajar secara sistematik dan pengumpulan bukti untuk mendokumenkan cara pelajar belajar dan kemajuan dalam apa yang diajarkan. Pentaksiran membaca adalah proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan tinjauan. Pentaksiran membaca juga merupakan satu kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas pelajar dalam pembacaan sesuatu teks. Guru akan membuat penilaian sejauh mana pembacaan telah terlaksana dan menentukan langkah seterusnya yang diperlukan untuk meneruskan proses pembacaan. Pentaksiran dapat membantu pelajar menjadi pemantau yang lebih baik dan melibatkan diri mereka dalam pembelajaran mereka sendiri. Pentaksiran membaca juga dapat mempertingkatkan hubungan guru dan pelajar melalui cara guru menunjukkan bahawa guru bena-benar berminat dengan kemajuan dan pencapaian pelajarnya.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran ialah:
  • Kaedah siasatan bagi menentukan tahap pembelajaran.
  • Kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas penting.
  • Proses menilai pelajar dalam konteks pendidikan.
  • Proses mendokumenkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan.
  • Pendekatan dan teknik pengajaran yang penting.
  • Proses yang sentiasa berkitar dan berterusan bagi menilai pengajaran dan pembelajaran.
  • Kaedah untuk menentukan hala tuju pengajaran dan pembelajaran.
  • Alat diagnostik dan penilaian.
Pentaksiran paling sesuai digunakan semasa:
  • Dikongsi bersama pelajar yang terlibat.
  • Menumpukan pada bahagian pembelajaran yang khusus dan kemajuan individu.
  • Digunakan untuk pelajar mengenal pasti cara untuk memperbaiki diri.
  • Sasaran dan pencapaian jelas berhubung kait.
  • Mengakui kemajuan dan menerangkan dengan jelas cara untuk mempertingkat kemajuan.
Tujuan pentaksiran dilakukan adalah:
  • Membolehkan guru dan pelajar menetapkan standard kerja mereka dan memikirkan cara mereka dapat memperbaiki kerja mereka.
  • Membantu guru merancang pengajaran yang berkesan bagi memenuhi keperluan individusetiap pelajar.
  • Membolehkan pemantauan ke atas kualiti pelajaran yang disampaikan.
  • Membolehkan kemajuan pelajar dipantau secara berkesan bagi memastikan sasaran tercapai.
  • Dapat membantu dalam memotivasikan pelajar.
  • Dapat membantu memastikan segala ujian dan tugasan adalah relevan dan mendorong proses pencapaian.
Kesimpulannya, pengujian, pengukuran dan penilaian berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah dapat membantu guru mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam memperkembangkan teknik, kaedah dan mengsan kelemahan pelajar.



 

KETERAMPILAN MEMBACA Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review